POLYMORPHIC

Bismillahirrahmanirrahim. Seorang student medic yang aim Syurga. Cuba berkongsi insyaa Allah.

    • Home
    • Book Review
    • _fiction
    • _non fiction
    • Parenting
    • Tarbiah
    • Random Thoughts
    • #ibucooks


    Untuk post kali ni, aku terinspirasi untuk menulis setelah aku selesai membaca sebuah buku terbitan Tarbiah Sentap bertajuk Momento yang ditulis oleh 5 orang pemuda yang aku yakin masing-masing sekarang merupakan ahli jemaah ISMA di Malaysia.

    Dalam buku tersebut, setiap pemuda ini ada mrnceritakan moment jahiliah masing-masing sebelum mereka mendapat sentuhan tarbiyah dan hidayah daripada Allah untuk berubah menjadi seorang hamba Allah yang lebih baik.

    Siapa sangka, di sebalik peribadi-peribadi diorang ni, ada kisah-kisah “dahsyat” yang pernah berlaku dalam perjalanan hidup mereka. Aku hanya pernah bertemu dengan salah seorang daripada mereka iaitu Ustaz Adnin Roslan semasa Team Tarbiah Sentap mengadakan Tour Ceramah di Mesir 4-5 tahun lepas kalau tak silap. 

    Jadi, bila aku baca buku Momento tu, rasa mcm diorang bergurau pun ada. Tapi itulah hakikat setiap orang di muka bumi ni. Bak kata Shukery Azizan (juga salah seorang penulis buku tersebut), “setiap orang soleh yang korang nampak hari ni, mereka mesti ada kisah masa silam dia terdahulu. Sama ada masa silam yang cerah gemilang atau gelap mendung.”

    So, aku rasa nak menulis jugak tentang kisah jahiliah aku hari ni. Pertama, sebab aku terinspirasi dengan buku ni. Kedua, sebab aku harap, bila aku throwback kisah aku ni, aku akan rasa lebih bersyukur dengan nikmat tarbiyah yang aku dapat sekarang. Dan yang ketiga, sama macam dorang, aku harap ada insan-insan di luar sana yang akan terbaca post ni dan dapat hidayah untuk berubah jadi hamba Allah yang lebih baik asbab penulisan aku ni. Amin.

    Latar Belakang Keluarga

    Alhamdulillah aku dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dari segala aspek. Ayah aku seorang guru sekolah menengah yang mengajar subjek sains dan math untuk lower form (F1-F3) dan mak aku seorang pengusaha taska miliknya sendiri. So mak ayah aku didik kitorang 4 beradik dengan agama dan pelajaran macam ibu bapa yang lain. Dari segi pelajaran, aku boleh dikira cemerlang la masa zaman sekolah dulu sebab alhamdulillah aku dapat straight A’s untuk UPSR, PMR dan SPM. 

    Untuk Al-Quran, aku dah boleh mengaji dengan lancar seawal usia 5 tahun dan aku khatam baca Al-Quran pertama kali masa umur 6 tahun. Dan selepas2 tu, aku akan khatam baca Al-Quran dalam dua tahun sekali macam tu. Sebab ayah aku seorang yang suka baca Al-Quran. So, memang hampir setiap malam, kitorang 4 beradik kene ambil AQ dan baca depan mak dan ayah aku. Mak aku pun memang ada buka kelas AQ kat rumah untuk anak-anak jiran sekeliling rumah kami. 

    Jadi alhamdulillah Allah kurniakan aku Umi dan Abah yang sangat ambil berat tentang anak-anak mereka dan dah cuba sehabis baik untuk didik dan besarkan kami mengikut acuan islam yang betul. Aku pernah jugak nampak buku Tarbiyatul Aulad karya Abdullah Nasih Ulwan kat rak buku rumah kami. Mungkin itu antara sumber parenting ibu bapa kami. Dari segi aurat pun, ayah aku dah wajibkan untuk kitorang pakai tudung di luar rumah seawal usia 7 tahun.

    Solat dan Akhlak Ke Laut

    Cumanya, aku sangat terkilan dulu sebab aku jenis yang sangat malas dan berat untuk solat. Aku pun tak tahu kenapa. Aku mula cuba untuk solat penuh lima waktu selepas aku baligh semasa semasa form 2. Kalau sebelum tu, susah sangat aku nak disiplin solat 5 waktu. Ada sampai masa tu, aku menipu mak ayah aku cakap yang aku dah solat. Teruknya aku masa tu. 

    Allah dah bagi aku nikmat macam-macam tapi aku tak reti nak bersyukur. Berkira untuk rukuk dan sujud. Berapa minit je pun solat untuk satu waktu tu. Aku ingat lagi, ada dua je waktu solat yg aku boleh tahan la nak istiqomah. Solat zohor dan maghrib. Yang lain tu memang ke laut. Kesian ayah aku nak kene tanggung dosa aku masa tu. Tapi alhamdulillah lepas baligh, aku mula cuba untuk berubah dan tambah pulak dengan suasana duduk sekolah asrama penuh yang memang perlu solat jemaah.

    Turning Point Stokin dan Handsocks

    Alhamdulillah bila dikenangkan balik, aku rasa Allah sayang sangat kat aku sebab banyak sangat hint2 hidayah yang Allah bagi sepanjang aku hidup. Antaranya yang aku nak kongsi dalam post kali ni, masa aku Form 2. Cuti hujung tahun tu, mak ayah aku decide untuk hantar kitorang 4 beradik ke Kem Ibadah Cuti Sekolah anjuran Rakan Masjid UTP. Ingat lagi, masa tu, kakak aku form 3, adik aku sorang darjah 4, sorang darjah 3. Sepanjang kem seminggu tu, aku tidur satu bilik dengan adik aku yang darjah 3 dan kakak aku tidur dengan adik aku yang darjah 4. Masa hari pertama kem tu, dorang bahagikan kitorang kepada beberapa kumpulan mengikut kategori sekolah rendah dan sekolah menengah. So, aku ditakdirkan satu group dengan kakak aku. Dalam group kitorang jugak ada sorang junior sekolah kakak aku yang sebaya dengan aku. Hidayah namanya. 

    So daripada hari first tu, aku dah kamcing dengan Hidayah. Apa-apa aktiviti aku akan pairing dengan dia atau duduk dekat dgn dia. So, ada satu slot muhasabah atau ceramah macam tu. Masa tu, penceramah tu suruh semua peserta berdiri dan pejam mata. Kemudian, penceramah tu tanya, “Siapa kat sini, sepanjang hari ini, dia ada tinggal solat? Kalau ada, sila duduk”. Dan diulang-ulang lagi pertanyaan tu dengan siapa ada tinggal solat sepanjang minggu ini, bulan ini, tahun ini, dan akhirnya sepanjang dia hidup bermula umur 7 tahun kot mcm tu. 

    Aku tak ingat dah aku punya mcm mana, tapi yang pasti, awal jugak la aku duduk tu. Pelan-pelan je aku duduk sebab malu. Tapi dalam senyap-senyap duduk tu, aku intai la Hidayah yang berdiri kat sebelah aku. Aku malu dan terkejut sangat sebab sampai habis penceramah tu tanya soalan, dia tak duduk-duduk. Aku malu dengan dia dan aku malu dengan Allah masa tu. Jadi Hidayah ni memang ditakdirkan oleh Allah sebagai asbab aku dapat hidayah masa kem ibadah tu. 

    Antara yang lain, Hidayah ni jugak seorang yang bertudung labuh, pakai stokin dan handsocks. Aku ingat lagi, masa tu aku masih lagi bertudung bawal pendek bidang 45 dan tak pakai stokin dan handsocks. Tapi bila aku berkawan dengan Hidayah sepanjang kem tu, aku suka sgt tengok tangan dan handsocks dia. Nampak cantik dan sejuk mata memandang. 

    Antara moment yang lain masa kem tu, masa slot hafazan. Kitorang kene hafal beberapa surah pilihan masa slot tu dan tasmi’ kepada akak2 fasilitator. So, masa tu first time aku hafal surah Al-Mulk dan As-Sajdah. Hidayah ni pulak rileks je dia pergi tasmi’ sebab rupa-rupanya, dia dah biasa baca surah-surah tu kat rumah. Katanya, mak ayah dia selalu suruh baca sebelum tidur. Aku macam rasa amazed sangat masa tu. Dan kakak aku kata, memang sekolah asrama dorang wajibkan baca surah al-mulk tu pun sebelum tidur. So, aku tekad nak selalu baca surah al-mulk sebelum tidur jugak lepas tu. 

    Dan yang terakhir, masa kem tu lah, pertama kalinya, aku baru tahu golongan wanita diwajibkan memakai stokin sebab itu merupakan salah satu batas-batas aurat wanita. Kisahnya, masa nak pergi makan malam, aku dah kehabisan stokin yang bersih. So, aku pun tak pakai la stokin masa nak pergi makan malam. Bare foot je la dalam kawasan masjid tu. Tiba-tiba, ada sorang akk fasi tegur aku dari belakang. Tanya, “dik, tak pakai stokin ke?” Dia tanya tu dengan nada yang lembut je. Pastu, aku jawab, “ oh, kene pakai ke?” Aku tanya macam tu sebab aku ingat ada peraturan semasa kem yang kitorang kene pakai stokin. Lepas tu, akak tu jawab sambil senyum, “ Kan kaki tu aurat”. 

    Masyaa Allah.. Aku tersentak dengan statement tu. Macam kenapa aku baru tau eh? Lepas dah habis kem tu, baru aku perasan yang mak aku memang pakai stokin pun kat luar rumah. Tapi mungkin dia tak tegur atau suruh kami anak-anak dia untuk pakai sebab tak perasan atau sebagainya. Jadi sejak tu, aku mula untuk istiqomah pakai handsocks dan stokin.

    So setakat ni dulu cerita aku. Insyaa Allah ada rezeki, aku akan ceritakan pulak tentang turning point aku yang lain.. Thanks for reading. 
    Continue Reading



    Biodata Imam Hassan Al-Banna

    -Lahir pada 14/10/1906 di desa Mahmudiyah, Buhairah, Mesir.
    -Hafal AQ 12 tahun
    -Juangkan islam mengikut AQ dan sunnah.
    -Meninggal ditembak oleh pembunuh upahan pemerintah pada 2/2/1949

    Like Father Like Son (Kisah 1)

    -Mengenai Abdul Aziz iaitu anak kepad Khalifah Umar Abdul Aziz (KUAA). Satu hari tu, selepas  KUAA selesai kebumikan khalifah sebelum tu iaitu Khalifah Sulaiman Abdul Malik, baginda nak rehat jap. Pastu anaknya datang kepadanya. Umur anak dia 17 tahun (form  5 kalau kat Malaysia). Anak dia tanya, "kau nak buat apa sekarang ?" Ayah dia jawab, " nak rehat jap sebab baru lepas kebumikan orang". Pastu dia tanya lagi " bila kau nak pulangkan barang yang diambil secara paksa kepada pemiliknya? " Ayah dia jawab "lepas zohor". Pastu anak dia tanya, "apa yang akan menjamin kau hidup sampai lepas zohor?"

    #sentap
    #kematianitupasti

    Like Father Like Son (Kisah 2)

    -Ada seorang lelaki jumpa Rasulullah mengadu yang anak dia derhaka kat dia. So Saidina Umar pangil la anak tu untuk beri peringatan. Saidina Umar tanya kenapa kau derhaka? Rupa-rupanya ayah dia yang tak tunaikan hak kepad anak dia dengan sebaiknya iaitu :

    A) Pilih ibu yang baik
    B) Beri nama yang baik
    C) Ajar AQ

    Siapa Faktor yang Penting di Sebalik Pembinaan IHAB Sebagai Tokoh

    -Background family yang sederhana, amalkan islam dalam hidup
    -Ayah lepasan Universiti Al-Azhar , dalami hadis dan fiqh
    -Terima pendidikan agama daripada ayah
    -Memang dia jenis yang cepat dapat hafal AQ
    -Bila balik sekolah,ayah sambut dengan kasih sayang
    -Ayah ajarkan kitab sirah Rasulullah SAW, fiqh, nahu
    -Study sama-sama dengan adik beradik & gigih berusaha
    -Sangat banyak puasa, solat dantahajud
    -Ada to do list sendiri dan baca kat depan adik beradik pagi-pagi
    -Kat rumah, ayah  buat perpustakaan & dorong anak-anak baca buku

    Aku Ingin Menyampaikan Dakwah Ini Sampai Kepada Janin di Perut Ibunya - IHAB

    -Ayah : Satu sosok penting dalam bangunan umat
                 : Ibarat batu bata menopang bangunan umat islam
                 : Kalau misi ayah berjaya dalam keluarga, kukuhlah bangunan dan sebaliknya

    -Hadis : Setiap kalian adalah pemimpn yang bertanggungjawab atas yang dipimpinnya
                 : Pemimpin negara --> Rakyat
                 : Lelaki --> Keluarga
                 : Perempuan --> Rumah suami dan anak

    -Bila tunaikan tanggungjawab, terlepas daripada tanggungjawabnya depan Allah di hari  kiamat

    Mari Bertamu ke Rumah IHAB

    -Kebaikan dia mengesani orang lain
    -Bina keluarga atas dasar keimanan kepada Allah
    -Anak-anak semua berjaya : Wafa, Saiful Islam, Tsana, Roja', Halah, Istisyhad

    Lantunan Bacaan AQ yang Menyejukkan Hati Ibu

    -Tahap pertama dalam bina anak-anak, pilih isteri yang solehah
    -Isteri yang mendampingi saat lapang & sempit, sulit & senang, penolong yang baik dalam dakwah

    Diskusi Calon Mertua & Calon Menantu

    -Sefikrah

    Ya Ummu Wafa, Istana Kita Menanti di Syurga

    -Keadaan keluarga sangat memberi kesan kepada perkembangan anak-anak
    -Keadaan keluarga yang penuh kasih sayang, perhatian akan menyebabkan ahli keluarga saling hormat & menghargai
    -Biah akan bantu anak-anak untuk ada perilaku yang baik. Biah adalah perangai mak ayah kat rumah, hubungan suami isteri, hubungan dengan anak2.
    -Hubungan dengan ikhwah akhowat kene jaga + erat ,korbankan diri dan harta untuk dakwah
    -Isteri IHAB korbankan perabot-perabot rumah dia untuk letak kat markas.
    -Kepercayaan yang sangat besar terhadap suami
    -Panggil suami isteri dengan gelaran hormat.

    Praktik Tarbiyah IHAB kepada Anak-Anak

    -Syarat utama tarbiyah family, ada visi yang benar & kemampuan aplikasi sikap yang baik

    A) Makan bersama jadi prioriti
         -Sibuk macam mana pun, cari satu waktu untuk makan bersama
    B) Tiada suara keras di rumah
         - Ramai orang yang sibuk berdakwah kat luar tapi kurang perhatian pada anak-anak. Sepatutnya kena seiring.
         - Walaupun sesibuk mana/stress kat luar rumah, jangan tunjuk langsung kat anak-anak di rumah.
    C) Bukan pada kuantiti masa tapi pada kualiti
         - Biar duduk sembang sekejap tapi rasa puas
    D) Cakna pasal details anak-anak
         - Dokumen2 lahir, jadual ubat-ubatan, surat doktor, details pasal penyakit, prestasi anak-anak di sekolah.
         - Satu anak satu fail, detailkan. Kene jadi sangat teratur
    E) Bagi perhatian penuh kepada anak-anak
         - Masak sendiri untuk anak-anak
         - Buat anak-anak rasa cinta kepada kita bukan sebab takut, tapi sebab cinta
    F) Bagi setiap hak pada tempatnya
        - Ini dapat dekatkan jarak antara anak dan parents.
        - Anak yang dapat perhatian dan pemberian istimewa akan bagi loyalitas, sokongan penuh, kecintaan dan ketaatan pada parentsnya
        - Ayah sediakan barang-barang rumah, ibu uruskan urusan dalam rumah
    G) Berikan cinta anda sepenuhnya tanpa henti dan berubah meskipun suatu saat anak anda tidak menyenangkan anda.
         - Pemberian paling berharga kepada anak adalah cinta tulus tanpa tolak ukur.
         - Kelembutan,kehalusan dan keupayaan tidak menyakiti anak menjadikan anak-anak mudah diatur dan menurut
         - Saiful Islam : IHAB sangat lembut perasaannya, sangat memelihara perasaan anak-anak dengan sangat berhati-hati. Ada kemampuan untuk jadikan kami
                                     menurut tanpa perintah. Cth; ayah pernah memberitahuku bahawa wayang itu tak layak dilakukan oleh seorang muslim. Sejak tu Saiful Islam tak
                                     pernah tengok wayang sekalipun.
    H) Kewangan Anak-anak (Tips Disiplinkan dan  Didik Anak-anak)
         -Bagi 3 kategori duit : Harian, mingguan, bulanan - Supaya anak-anak tak rasa terbeban dan boleh belajar infaq.
         - Kalau bagi duit banyak dan tarbiah anak dengan betul, anak-anak akan bijak gunakan duit tu.
    I) Ayah mengirim mata-mata
       - Kena ajar anak-anak tak selfish dari kecil dan suka infaq. Dengan cara ni, anak-anak akan jadi susuk pemebri manfaat dan kebaikan kepda orang lain untuk
          bangkit dan maju bersama umatnya. Cth; ayah bagi duit sekian jumlah untuk diinfaq mas ahari jumaat. Kadang-kadang hantar spy untuk pantau apa anak buat.


    Continue Reading
    Bismillah.

    This is a short notes from a book that i've read yesterday which is How to Instantly Connect with Anyone by Leil Lowndes.



    I remember a friend who used to tell me that she's a little bit awkward when it comes to making eye contact with people while talking to them. I'm not sure what's the reason but here are some useful tips for you Fana haha. And also anyone who may share the same dilemma especially para du'at di luar sana yang baru mula hendak mentajmik, dakwah fardiyah dan mungkin untuk menatap wajah ukhti kesayangan hew hew.. :3

    Examine 9 Characteristics of Their Eyes


    To boost your eye contact with people, while gazing at someone:

    1.Slowly describe the color of eyes to yourself. For this part, lagi detail lagi bagus. Means don't stop at black or brown (Malaysian mostly only have this color i think).You may think about the tone of the color itself. Maybe solid black, grayish black, dark brown, light brown, hazel brown etc. Believe me, sometimes we've known people for years but we can't even say what's the color of their eyes right?? Tak caye ce fikir 10 nama orang yang ko rapat.. Gotcha!

    2. Next, look at the shape of their eyes. Is it round, oval, almond?

    3. Look at her cornea (white part of eyes). How much of the cornea is showing? And how white are they?

    4. Check out the length of their eye lashes. Are they straight or melentik?

    5. Check out the color of their eye lashes.

    6. Are they wearing contact lenses or glasses?

    7. How far apart are their eyes?

    8. Count their blinks.

    9. Determine who they are looking at most. This one applies during usrah, liqo. meeting, talk etc.

     Btw all these nines it doesn't necesssary for you to do it all at once to a person in a single meeting, Free style laa.. jgn skema ngatt


    AND, once again, these are just tips to have a good eye contact. NOT for a good communication skill eventhough it applies somehow. Because of course we don't want to be obviously observing someone eyes when they are talking to us and expecting us to focusly hearing to what they are saying.
    x


    .



    Ok that's all for now jazakillahu kheir for reading
    Continue Reading
    Salam




    So, ini post first utk blog ni. Dibina semasa winter break 3rd year aku berada di bumi anbiya' ni. Tujuan menulis ni adalah lebih kepada nak tgk perkembangan kematangan otak aku berfikir. Sbb misi tahun ni adalah untuk MOVE ON gila2 n belajar drpd kesilapan2 yg lepas. N one of them is banyakkan membaca. Membaca untuk topup kefahaman. Sama mcm dalam study. Dlm lecture, doctor2 just bina n ignite kefahaman kita. Tapi utk make it solid, perlu ada pembacaan after kelas. So insyaa Allah, itu yg aku akan try buat tahun ni. Baca sebanyak mana buku ruhiyah/haraki/motivasi/sirah yang ada. Then summarizekan dlm blog ni dan kaitkan dgn kehidupan as a student/bakal doktor/dai'e.

    DnT

    Honestly, ini baru masuk tahun ketiga ak bersama tarbiyah, jemaah ke 4. Eh betul ke 4? Haa betullah. Tapi boleh dikatakan tak official lagi.. Sbb ak masih dlm proses memilih sebenarnya. Bak kata ex-murobbiah ak masa jemaah ke 2 dulu. Sume orang tak sama. Ada yg perlukan lebih masa utk memilih. Ak pgg kata2 tu agak lama sampailah ditakdirkn ak bersembg ilmiah dgn sorg hamba Allah ni. Dalam mini bus hijau no 14 menuju ke Abdou Pasha lepas balik dinner kat Resto La Tansa 'Asyir. Satu statement hamba Allah tu. Baca dgn nada sopan. " Enti perlukan masa? Umur enti dah masuk 21 tahun ni." Hashtag HEADSHOT. 

    Try selagi ada peluang

    Sementara ak perlukan masa, umat Islam makin lena dibuai mimpi indah. Pemuda2 islam makin dijinakkan dengan hawa nafsu, enjoy dgn life dunia, kesan serangan pemikiran daripada musuh2 islam. Boleh baca details pasal ni dalam buku Munthalaq karya Muhammad Ahmad Al-Rasyid, Bab Satu: Kita Menolak 'Al-Hawa'. So, tak patut ak bertangguh meminta masa lagi. Allah Maha penyanyang, Maha pemurah, Maha pengampun. Aku tahu Dia detikkan perasaan ni, moment dalam bas tu and kehadiran insan2 tertentu dalam hidup ak ni bukan saja2. So, sebagai tanda bersyukur, ak kena start bergerak balik. Quote sorg akhowat tercinta, "Manifeskan taujih dalam bentuk AMAL". Alhamdulillah, selagi masih ada sisa2 semangat dan kefahaman mengenai jalan dakwah dan tarbiyah ni, ak akan cuba gerakkan jasad n jiwa ak.

    Mohon tembakan doa. Jazakumullahu khairan jazak. 


    Continue Reading

    About me


    Ummu Muawwiz.

    25 y/o , Cairo Egypt, medical student, married, no special habit of medical importance.

    Labels

    Book review non fiction random tarbiyah

    Blog Archive

    • ▼  2020 (2)
      • ▼  June 2020 (1)
        • MOMENTO 1 : Stokin & Handsocks
      • ►  January 2020 (1)
    • ►  2017 (1)
      • ►  January 2017 (1)
    • ►  2016 (1)
      • ►  February 2016 (1)

    Popular Posts

    • Bismillah
    • MOMENTO 1 : Stokin & Handsocks

    Created with by BeautyTemplates

    Back to top