Untuk post
kali ni, aku terinspirasi untuk menulis setelah aku selesai membaca sebuah buku
terbitan Tarbiah Sentap bertajuk Momento yang ditulis oleh 5 orang pemuda yang
aku yakin masing-masing sekarang merupakan ahli jemaah ISMA di Malaysia.
Dalam buku
tersebut, setiap pemuda ini ada mrnceritakan moment jahiliah masing-masing
sebelum mereka mendapat sentuhan tarbiyah dan hidayah daripada Allah untuk
berubah menjadi seorang hamba Allah yang lebih baik.
Siapa sangka, di sebalik peribadi-peribadi diorang ni, ada kisah-kisah “dahsyat” yang pernah berlaku dalam perjalanan hidup mereka. Aku hanya pernah bertemu dengan salah seorang daripada mereka iaitu Ustaz Adnin Roslan semasa Team Tarbiah Sentap mengadakan Tour Ceramah di Mesir 4-5 tahun lepas kalau tak silap.
Jadi,
bila aku baca buku Momento tu, rasa mcm diorang bergurau pun ada. Tapi itulah
hakikat setiap orang di muka bumi ni. Bak kata Shukery Azizan (juga salah
seorang penulis buku tersebut), “setiap orang soleh yang korang nampak hari ni,
mereka mesti ada kisah masa silam dia terdahulu. Sama ada masa silam yang cerah
gemilang atau gelap mendung.”
So, aku
rasa nak menulis jugak tentang kisah jahiliah aku hari ni. Pertama, sebab aku
terinspirasi dengan buku ni. Kedua, sebab aku harap, bila aku throwback kisah aku ni,
aku akan rasa lebih bersyukur dengan nikmat tarbiyah yang aku dapat sekarang. Dan
yang ketiga, sama macam dorang, aku harap ada insan-insan di luar sana yang
akan terbaca post ni dan dapat hidayah untuk berubah jadi hamba Allah yang
lebih baik asbab penulisan aku ni. Amin.
Latar Belakang Keluarga
Alhamdulillah aku dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dari segala aspek. Ayah aku seorang guru sekolah menengah yang mengajar subjek sains dan math untuk lower form (F1-F3) dan mak aku seorang pengusaha taska miliknya sendiri. So mak ayah aku didik kitorang 4 beradik dengan agama dan pelajaran macam ibu bapa yang lain. Dari segi pelajaran, aku boleh dikira cemerlang la masa zaman sekolah dulu sebab alhamdulillah aku dapat straight A’s untuk UPSR, PMR dan SPM.
Untuk Al-Quran, aku dah boleh mengaji dengan lancar seawal usia 5 tahun dan aku khatam baca Al-Quran pertama kali masa umur 6 tahun. Dan selepas2 tu, aku akan khatam baca Al-Quran dalam dua tahun sekali macam tu. Sebab ayah aku seorang yang suka baca Al-Quran. So, memang hampir setiap malam, kitorang 4 beradik kene ambil AQ dan baca depan mak dan ayah aku. Mak aku pun memang ada buka kelas AQ kat rumah untuk anak-anak jiran sekeliling rumah kami.
Jadi alhamdulillah Allah kurniakan aku Umi dan
Abah yang sangat ambil berat tentang anak-anak mereka dan dah cuba sehabis baik
untuk didik dan besarkan kami mengikut acuan islam yang betul. Aku pernah jugak
nampak buku Tarbiyatul Aulad karya Abdullah Nasih Ulwan kat rak buku rumah
kami. Mungkin itu antara sumber parenting ibu bapa kami. Dari segi aurat pun,
ayah aku dah wajibkan untuk kitorang pakai tudung di luar rumah seawal usia 7
tahun.
Solat dan Akhlak Ke Laut
Cumanya, aku sangat terkilan dulu sebab aku jenis yang sangat malas dan berat untuk solat. Aku pun tak tahu kenapa. Aku mula cuba untuk solat penuh lima waktu selepas aku baligh semasa semasa form 2. Kalau sebelum tu, susah sangat aku nak disiplin solat 5 waktu. Ada sampai masa tu, aku menipu mak ayah aku cakap yang aku dah solat. Teruknya aku masa tu.
Allah dah bagi aku nikmat macam-macam tapi
aku tak reti nak bersyukur. Berkira untuk rukuk dan sujud. Berapa minit je pun
solat untuk satu waktu tu. Aku ingat lagi, ada dua je waktu solat yg aku boleh
tahan la nak istiqomah. Solat zohor dan maghrib. Yang lain tu memang ke laut.
Kesian ayah aku nak kene tanggung dosa aku masa tu. Tapi alhamdulillah lepas
baligh, aku mula cuba untuk berubah dan tambah pulak dengan suasana duduk
sekolah asrama penuh yang memang perlu solat jemaah.
Turning Point Stokin dan Handsocks
Alhamdulillah bila dikenangkan balik, aku rasa Allah sayang sangat kat aku sebab banyak sangat hint2 hidayah yang Allah bagi sepanjang aku hidup. Antaranya yang aku nak kongsi dalam post kali ni, masa aku Form 2. Cuti hujung tahun tu, mak ayah aku decide untuk hantar kitorang 4 beradik ke Kem Ibadah Cuti Sekolah anjuran Rakan Masjid UTP. Ingat lagi, masa tu, kakak aku form 3, adik aku sorang darjah 4, sorang darjah 3. Sepanjang kem seminggu tu, aku tidur satu bilik dengan adik aku yang darjah 3 dan kakak aku tidur dengan adik aku yang darjah 4. Masa hari pertama kem tu, dorang bahagikan kitorang kepada beberapa kumpulan mengikut kategori sekolah rendah dan sekolah menengah. So, aku ditakdirkan satu group dengan kakak aku. Dalam group kitorang jugak ada sorang junior sekolah kakak aku yang sebaya dengan aku. Hidayah namanya.
So daripada hari first tu, aku dah kamcing dengan Hidayah. Apa-apa aktiviti aku akan pairing dengan dia atau duduk dekat dgn dia. So, ada satu slot muhasabah atau ceramah macam tu. Masa tu, penceramah tu suruh semua peserta berdiri dan pejam mata. Kemudian, penceramah tu tanya, “Siapa kat sini, sepanjang hari ini, dia ada tinggal solat? Kalau ada, sila duduk”. Dan diulang-ulang lagi pertanyaan tu dengan siapa ada tinggal solat sepanjang minggu ini, bulan ini, tahun ini, dan akhirnya sepanjang dia hidup bermula umur 7 tahun kot mcm tu.
Aku tak ingat dah aku punya mcm mana, tapi yang pasti, awal jugak la aku duduk tu. Pelan-pelan je aku duduk sebab malu. Tapi dalam senyap-senyap duduk tu, aku intai la Hidayah yang berdiri kat sebelah aku. Aku malu dan terkejut sangat sebab sampai habis penceramah tu tanya soalan, dia tak duduk-duduk. Aku malu dengan dia dan aku malu dengan Allah masa tu. Jadi Hidayah ni memang ditakdirkan oleh Allah sebagai asbab aku dapat hidayah masa kem ibadah tu.
Antara yang lain, Hidayah ni jugak seorang yang bertudung labuh, pakai stokin dan handsocks. Aku ingat lagi, masa tu aku masih lagi bertudung bawal pendek bidang 45 dan tak pakai stokin dan handsocks. Tapi bila aku berkawan dengan Hidayah sepanjang kem tu, aku suka sgt tengok tangan dan handsocks dia. Nampak cantik dan sejuk mata memandang.
Antara moment yang lain masa kem tu, masa slot hafazan. Kitorang kene hafal beberapa surah pilihan masa slot tu dan tasmi’ kepada akak2 fasilitator. So, masa tu first time aku hafal surah Al-Mulk dan As-Sajdah. Hidayah ni pulak rileks je dia pergi tasmi’ sebab rupa-rupanya, dia dah biasa baca surah-surah tu kat rumah. Katanya, mak ayah dia selalu suruh baca sebelum tidur. Aku macam rasa amazed sangat masa tu. Dan kakak aku kata, memang sekolah asrama dorang wajibkan baca surah al-mulk tu pun sebelum tidur. So, aku tekad nak selalu baca surah al-mulk sebelum tidur jugak lepas tu.
Dan yang terakhir, masa kem tu lah, pertama kalinya, aku baru tahu golongan wanita diwajibkan memakai stokin sebab itu merupakan salah satu batas-batas aurat wanita. Kisahnya, masa nak pergi makan malam, aku dah kehabisan stokin yang bersih. So, aku pun tak pakai la stokin masa nak pergi makan malam. Bare foot je la dalam kawasan masjid tu. Tiba-tiba, ada sorang akk fasi tegur aku dari belakang. Tanya, “dik, tak pakai stokin ke?” Dia tanya tu dengan nada yang lembut je. Pastu, aku jawab, “ oh, kene pakai ke?” Aku tanya macam tu sebab aku ingat ada peraturan semasa kem yang kitorang kene pakai stokin. Lepas tu, akak tu jawab sambil senyum, “ Kan kaki tu aurat”.
Masyaa Allah.. Aku tersentak dengan statement tu. Macam kenapa aku baru tau eh? Lepas dah habis kem tu, baru aku perasan yang mak aku memang pakai stokin pun kat luar rumah. Tapi mungkin dia tak tegur atau suruh kami anak-anak dia untuk pakai sebab tak perasan atau sebagainya. Jadi sejak tu, aku mula untuk istiqomah pakai handsocks dan stokin.


