Cinta di Rumah Hassan Al-Banna

09:48



Biodata Imam Hassan Al-Banna

-Lahir pada 14/10/1906 di desa Mahmudiyah, Buhairah, Mesir.
-Hafal AQ 12 tahun
-Juangkan islam mengikut AQ dan sunnah.
-Meninggal ditembak oleh pembunuh upahan pemerintah pada 2/2/1949

Like Father Like Son (Kisah 1)

-Mengenai Abdul Aziz iaitu anak kepad Khalifah Umar Abdul Aziz (KUAA). Satu hari tu, selepas  KUAA selesai kebumikan khalifah sebelum tu iaitu Khalifah Sulaiman Abdul Malik, baginda nak rehat jap. Pastu anaknya datang kepadanya. Umur anak dia 17 tahun (form  5 kalau kat Malaysia). Anak dia tanya, "kau nak buat apa sekarang ?" Ayah dia jawab, " nak rehat jap sebab baru lepas kebumikan orang". Pastu dia tanya lagi " bila kau nak pulangkan barang yang diambil secara paksa kepada pemiliknya? " Ayah dia jawab "lepas zohor". Pastu anak dia tanya, "apa yang akan menjamin kau hidup sampai lepas zohor?"

#sentap
#kematianitupasti

Like Father Like Son (Kisah 2)

-Ada seorang lelaki jumpa Rasulullah mengadu yang anak dia derhaka kat dia. So Saidina Umar pangil la anak tu untuk beri peringatan. Saidina Umar tanya kenapa kau derhaka? Rupa-rupanya ayah dia yang tak tunaikan hak kepad anak dia dengan sebaiknya iaitu :

A) Pilih ibu yang baik
B) Beri nama yang baik
C) Ajar AQ

Siapa Faktor yang Penting di Sebalik Pembinaan IHAB Sebagai Tokoh

-Background family yang sederhana, amalkan islam dalam hidup
-Ayah lepasan Universiti Al-Azhar , dalami hadis dan fiqh
-Terima pendidikan agama daripada ayah
-Memang dia jenis yang cepat dapat hafal AQ
-Bila balik sekolah,ayah sambut dengan kasih sayang
-Ayah ajarkan kitab sirah Rasulullah SAW, fiqh, nahu
-Study sama-sama dengan adik beradik & gigih berusaha
-Sangat banyak puasa, solat dantahajud
-Ada to do list sendiri dan baca kat depan adik beradik pagi-pagi
-Kat rumah, ayah  buat perpustakaan & dorong anak-anak baca buku

Aku Ingin Menyampaikan Dakwah Ini Sampai Kepada Janin di Perut Ibunya - IHAB

-Ayah : Satu sosok penting dalam bangunan umat
             : Ibarat batu bata menopang bangunan umat islam
             : Kalau misi ayah berjaya dalam keluarga, kukuhlah bangunan dan sebaliknya

-Hadis : Setiap kalian adalah pemimpn yang bertanggungjawab atas yang dipimpinnya
             : Pemimpin negara --> Rakyat
             : Lelaki --> Keluarga
             : Perempuan --> Rumah suami dan anak

-Bila tunaikan tanggungjawab, terlepas daripada tanggungjawabnya depan Allah di hari  kiamat

Mari Bertamu ke Rumah IHAB

-Kebaikan dia mengesani orang lain
-Bina keluarga atas dasar keimanan kepada Allah
-Anak-anak semua berjaya : Wafa, Saiful Islam, Tsana, Roja', Halah, Istisyhad

Lantunan Bacaan AQ yang Menyejukkan Hati Ibu

-Tahap pertama dalam bina anak-anak, pilih isteri yang solehah
-Isteri yang mendampingi saat lapang & sempit, sulit & senang, penolong yang baik dalam dakwah

Diskusi Calon Mertua & Calon Menantu

-Sefikrah

Ya Ummu Wafa, Istana Kita Menanti di Syurga

-Keadaan keluarga sangat memberi kesan kepada perkembangan anak-anak
-Keadaan keluarga yang penuh kasih sayang, perhatian akan menyebabkan ahli keluarga saling hormat & menghargai
-Biah akan bantu anak-anak untuk ada perilaku yang baik. Biah adalah perangai mak ayah kat rumah, hubungan suami isteri, hubungan dengan anak2.
-Hubungan dengan ikhwah akhowat kene jaga + erat ,korbankan diri dan harta untuk dakwah
-Isteri IHAB korbankan perabot-perabot rumah dia untuk letak kat markas.
-Kepercayaan yang sangat besar terhadap suami
-Panggil suami isteri dengan gelaran hormat.

Praktik Tarbiyah IHAB kepada Anak-Anak

-Syarat utama tarbiyah family, ada visi yang benar & kemampuan aplikasi sikap yang baik

A) Makan bersama jadi prioriti
     -Sibuk macam mana pun, cari satu waktu untuk makan bersama
B) Tiada suara keras di rumah
     - Ramai orang yang sibuk berdakwah kat luar tapi kurang perhatian pada anak-anak. Sepatutnya kena seiring.
     - Walaupun sesibuk mana/stress kat luar rumah, jangan tunjuk langsung kat anak-anak di rumah.
C) Bukan pada kuantiti masa tapi pada kualiti
     - Biar duduk sembang sekejap tapi rasa puas
D) Cakna pasal details anak-anak
     - Dokumen2 lahir, jadual ubat-ubatan, surat doktor, details pasal penyakit, prestasi anak-anak di sekolah.
     - Satu anak satu fail, detailkan. Kene jadi sangat teratur
E) Bagi perhatian penuh kepada anak-anak
     - Masak sendiri untuk anak-anak
     - Buat anak-anak rasa cinta kepada kita bukan sebab takut, tapi sebab cinta
F) Bagi setiap hak pada tempatnya
    - Ini dapat dekatkan jarak antara anak dan parents.
    - Anak yang dapat perhatian dan pemberian istimewa akan bagi loyalitas, sokongan penuh, kecintaan dan ketaatan pada parentsnya
    - Ayah sediakan barang-barang rumah, ibu uruskan urusan dalam rumah
G) Berikan cinta anda sepenuhnya tanpa henti dan berubah meskipun suatu saat anak anda tidak menyenangkan anda.
     - Pemberian paling berharga kepada anak adalah cinta tulus tanpa tolak ukur.
     - Kelembutan,kehalusan dan keupayaan tidak menyakiti anak menjadikan anak-anak mudah diatur dan menurut
     - Saiful Islam : IHAB sangat lembut perasaannya, sangat memelihara perasaan anak-anak dengan sangat berhati-hati. Ada kemampuan untuk jadikan kami
                                 menurut tanpa perintah. Cth; ayah pernah memberitahuku bahawa wayang itu tak layak dilakukan oleh seorang muslim. Sejak tu Saiful Islam tak
                                 pernah tengok wayang sekalipun.
H) Kewangan Anak-anak (Tips Disiplinkan dan  Didik Anak-anak)
     -Bagi 3 kategori duit : Harian, mingguan, bulanan - Supaya anak-anak tak rasa terbeban dan boleh belajar infaq.
     - Kalau bagi duit banyak dan tarbiah anak dengan betul, anak-anak akan bijak gunakan duit tu.
I) Ayah mengirim mata-mata
   - Kena ajar anak-anak tak selfish dari kecil dan suka infaq. Dengan cara ni, anak-anak akan jadi susuk pemebri manfaat dan kebaikan kepda orang lain untuk
      bangkit dan maju bersama umatnya. Cth; ayah bagi duit sekian jumlah untuk diinfaq mas ahari jumaat. Kadang-kadang hantar spy untuk pantau apa anak buat.


You Might Also Like

0 comments